Thursday, 24 March 2011

Adat Perkahwinan Melayu Brunei

Hi semua.  Sejak kebelakangan ini aku selalu busy sampai dan mula tak ada masa untuk update entri dalam blog aku ni.  Sunyi untuk seketika, tapi sekarang aku kembali dengan entri yang mungkin menarik perhatian sesetengah orang.  Kali ini aku nak berkongsi tentang adat perkahwinan Melayu Brunei.  Kenal tak masyarakat Melayu Brunei?  Bagi yang tau, just diam.  Bagi yang tak tau, google la...  Ehehe.

OK.  Adat perkahwinan Melayu Brunei.  Setelah sepasang kekasih ditunangkan, yang pastinya adat 'Antar Berian'(Hantar Berian) diadakan terlebih dahulu.  Biasanya, dulang hantaran normal adalah sekitar 15-30 dulang dari pihak perempuan, dan 6-15 dulang dari pihak lelaki.  Tapi, semakin lama, hantaran dulang dari pihak perempuan semakin banyak.  Berdasarkan pengalaman aku lah, hantaran dulang dari pihak perempuan sekarang biasanya 30-50 untuk pihak lelaki.  Tetapi, ada juga yang pernah mencecah 89 dulang (rekod di kampungku kalau tak silap)...  Beberapa tahun yang lepas, semasa salah seorang auntie ku melangsungkan majlis Antar Berian, pihak perempuan (kami) telah membalas sebanyak 79 dulang.  Jangan terkesima.  Ini cerita betul-betul punya.  Sepanjang majlis 'Antar Berian' diadakan, macam biasa...  Berbalas-balas pantun hingga letih.  Hahah...  Berdasarkan pengalaman OK.  Majlis Antar Berian ni diadakan sebelum menjelang hari pernikahan/perkahwinan.  Tak kira setahun sebelum kahwin ke, sebulan sebelum kahwin ke, or seminggu lagi nak kahwin...  Semua tu terpulang pada pihak terbabit. Oh ya, hantaran dulu-dulu biasanya sekitar 5k.  Tapi sekarang dah UP giler!  Minyak naik beb!  Hahaha...  Perempuan pun dah educated OK! 

Ok.  Menjelang hari perkahwinan...  Sebelum menjelang hari pernikahan, keluarga pengantin akan mengadakan majlis 'Badak-badak Mandi'.  Kalau dahulu kala, biasanya adat ni dilakukan 2 minggu sebelum hari perkahwinan/pernikahan.  Tapi, zaman sekarang biasanya dilakukan 2 atau 3 hari sebelum nikah.  Why?  Sebab dulu dan sekarang berbeza.  Sejajar dengan perubahan zaman, kaum lelaki dan perempuan sama-sama bekerjaya serta kesibukan keluarga-keluarga lain membuatkan majlis 'Badak-badak Mandi' ni dilakukan lebih rapat/hampir dengan hari majlis pernikahan.  Majlis ni hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat je.  Bakal pengantin akan ditepung tawar menggunakan bedak yang diperbuat daripada tepung beras dan ditambah bunga melor untuk memberikan aroma yang segar dan harum.  Selesai menepung tawar, majlis 'Badak-badak Mandi' pun dimulakan.  Bakal pengantin akan dilulurkan dengan bedak tradisional (bedak sejuk) dari muka hinggalah ke kaki (seluruh tubuh badan).  Kemudian disiram menggunakan air campuran langir dan limau nipis.  Sepanjang proses 'Badak-badak Mandi' ini dilakukan, seramai 7 orang kanak-kanak kecil akan mengelilingi bakal pengantin sambil menyarung selendang yang berlainan warna dan memegang lilin kecil yang dinyalakan sehinggalah majlis tersebut selesai (aku pun pernah jadi macam budak tu dulu-dulu.  Kah kah kah).  Setelah itu, bakal pengantin akan dijaga sepenuhnya oleh 'pengangun' (mak andam) di dalam 'bilik beangun' (bilik berandam).  Tapi, pada masa kini, 'pengangun' biasanya tidak akan melakukan semua perkara.  Sebagai contoh, tanggungjawab mengandam diserahkan kepada mak andam yang lain.  Lain-lain perkara seperti menjaga makan minum, mengajar hal ehwal berumah tangga, menjaga kesihatan pengantin supaya berseri sehingga ke jinjang pelamin, memastikan pengantin sentiasa memakai bedak sejuk dan baju putih sepanjang tempoh istiadat perkahwinan dijalankan dan seumpamanya barulah dilakukan oleh 'pengangun'.  'Pengangun' ni mempunyai peranan penting dalam membantu segala keperluan pengantin.  Kalau dulu-dulu, pengantin akan dikurung bermula dua minggu sebelum hari pernikahan.  Mungkin nak jaga seri pengantin kot.  *orang tua lebih mengerti*  OK.

Setelah itu, barulah majlis pernikahan diadakan.  Majlis pernikahan sama juga seperti yang dilakukan di mana-mana.  Mas kahwin yang normal aku dengar bagi masyarakat Melayu Brunei ni dalam sekitar rm200-300 la... Itu bagi yang menetap di Malaysia.  Kalau betul-betul kat Brunei, I'm not sure la.  Tapi, ada jugak member aku hari tu mas kahwinnya sebanyak rm500.

Setelah pasangan selamat dinikahkan, biasanya pengantin belum dapat tidur bersama hinggalah istiadat 'Malam Bilan-bilan'.  Itu yang biasa aku tengok la...  Tapi kalau dah tak tahan tu, boleh aje.  Dah sah kan...  Just kalau boleh tahan dulu lah.  Hehe...  ok.  Stop.  Setelah bernikah, istiadat 'Malam Bebadak' pula dilakukan.  Malam Bebadak ni kalau dulu-dulu pengantin perempuan akan digendong dari bilik berangun hinggalah ke pelaminan dan didudukkan di atas hamparan tikar khas yang biasanya diperbuat daripada kain baldu yang bertenun benang emas.  Bentuknya adalah segi empat tepat.  Tapi, sekarang atas kerusi pengantin pun boleh...  4 batang lilin (biasanya lilin kuning besar) akan diletakkan sekitar penjuru pelamin.  Aku pun heran apa fungsi lilin ni sebenarnya... So aku pernah tanya orang tua kampungku tentang fungsi lilin tersebut.  Rupanya, fungsi lilin tu mengikut cerita orang tua tersebut adalah untuk menerangi kawasan pelamin dahulu kala kerana dulu takde bekalan elektrik.  Oleh itu, kebiasaan itu terbawa-bawa dan menjadi adat hingga sekarang.  Hehehe...  Rasional jugak kan.  OK.  Setelah pengantin duduk di pelaminan, istiadat 'membadaki' dimulakan.  'Malam Bebadak' ni serupa dengan istiadat 'Badak-badak Mandi'.  Cuma, 'Malam bebadak' menggunakan bedak tradisional yang diwarnakan kepada 7 warna dan diletakkan dalam bekas tradisional.  Para tetamu akan 'menculiki'(menepung tawar) semua jenis warna bedak tradisonal itu ke tangan pengantin diiringi zikir marhaban.  Menurut kebiasaan, tetamu yang menepung tawar akan diberikan cenderahati setiap seorang.

Contoh busana pengantin Melayu Brunei

Selepas istiadat 'Malam Bebadak', keesokannya (biasanya hari Sabtu, menjelang hari bersanding hari Ahad) akan diadakan lagi majlis 'Malam Bepacar'(Malam Berinai).  Malam tersebut, pengantin akan duduk di pelamin lagi dan tetamu yang hadir akan 'menculiki'(mencalit) sedikit inai ke tapak tangan pengantin.  Kebiasaannya, pada malam bepacar inilah aktiviti hiburan dilakukan seperti 'gambus'(seperti live band), Bermukun or lain-lain mengikut citarasa keluarga pengantin.  Setelah itu, pengantin akan diinai di dalam bilik di setiap jari dan tapak tangan serta kaki menggunakan inai yang dibuat sendiri.  Pada hari ini, inai yang bercorak turut menjadi pilihan kerana kelihatan cantik di tangan.

Seterusnya, keesokannya(biasa hari Ahad) barulah istiadat Bersanding akan diadakan.  Sebelum pengantin perempuan keluar untuk bersanding, pengantin akan dililiti dengan benang yang pelbagai warna kemudian dibakar sumbu benang tersebut, lantas pengantin perempuan akan meniupnya sehingga api padam.  Aku tak tau la benda ni masih diamalkan atau tak, tapi time aku kecil-kecil, selalu tengok benda ni.  Lepas tu, barulah pengantin perempuan dibawa ke pelamin untuk menunggu kedatangan pengantin lelaki.  Pengantin lelaki akan diarak dari suatu tempat hinggalah ke pelamin dengan paluan kompang, bunga lilin, dan rombongan.  Setelah itu, sebelum disandingkan pengantin lelaki akan dibawa membuat pusingan kecil sebanyak 3 kali dan seterusnya ditabur sedikit campuran bunga, tapi akan dihalang sedikit menggunakan kipas pengantin supaya bunga tersebut tidak terlalu kena pada wajah lelaki.  Selepas itu, pengantin lelaki akan menyentuh bahu dan kepala pengantin bermula dari kanan (yang ini aku tak tau apa benda).  Pastu, bacaan doa dilakukan, barulah pasangan pengantin/mempelai tersebut betul-betul bersanding.

Sebelah malam setelah hari Bersanding, majlis 'Malam Bilan-bilan'(memotong kek) pula dilakukan di rumah pengantin perempuan.  Kalau dulu-dulu, aku tak tau macamna situasi majlis tersebut.  Tapi kalau zaman ni, pengantin akan mengenakan busana English style (aku rasa dulu-dulu pun sama - Pengaruh penjajah kot).  Malam tersebut pasangan pengantin sudah boleh tidur bersama.

Majlis terakhir, 'balik 3 hari'(menyambut menantu bagi pihak lelaki).  Majlis ni diadakan untuk menyambut menantu perempuan.  Pengantin perempuan akan dibawa pulang ke rumah pengantin lelaki dan akan disandingkan secara ringkas.  Pada masa itu, pihak pengantin lelaki akan menghadiahkan barang-barang kemas kepada pengantin perempuan(jika mampu) dan peralatan dan barang-barang dapur.

Itulah serba sedikit pengetahuanku tentang adat perkahwinan Melayu Brunei ni.  Walaupun aku berdarah Melayu Brunei(Sebelah Mama), tapi masih banyak yang aku belum tau.  Tapi adat yang aku nyatakan di atas kadang-kadang tidak dilakukan oleh semua masyarakat Melayu Brunei.  Sejajar dengan peredaran zaman juga, adat-adat yang dianggap rumit atau kurang perlu akan diketepikan atau dibuat sekadar melengkapkan adat saja.  Oh ya...  Sebelum bertunang, upacara merisik akan dilakukan.  Kalau sekiranya pengantin perempuan mempunyai kakak yang belum berkahwin, kakak tersebut layak/mesti dihadiahkan barang kemas juga seperti cincin.  Benda ini dipanggil 'langkah bendul'.  I'm not sure la kalau tempat lain.  Tapi kalau kat tempat aku macamni.  Ada yang pernah aku dengar, kat suatu tempat tu(aku tak ingat), ada adat 'langkah sungai' la,kira tiang rumah la...  Entah aku tak pasti untuk apa hal tu.  Pastu, kalau soal korban kerbau(masyarakat Melayu Brunei lebih memilih daging kerbau daripada lembu), biasanya yang akan tumbang dalam 2-3 ekor la.  Kalau yang kurang berkemampuan tu, seekor pun cukuplaaa...

OK.  Setakat tu je la.  Bagi yang lebih mengetahui adat-istiadat perkahwinan Melayu Brunei ni, dialu-alukan berkongsi sesuatu di ruang komen.  Kalau aku ada salah informasi, sila betulkan ya... ;) 



P/s :  Bagi aku la, adat perkahwinan Melayu Brunei ni terlalu mewah dan berlebihan...  Kalau tak percaya, silalah cari pure Bruneian ;)

19 comments:

SoLy SoLicious said...

perghhh.. mntap..
nak cari pasangan brunei la..haha

Anonymous said...

Terima Kasih Sofea kerana menceritakan serba sedikit tentang adat perkahwinan Melayu Brunei... Sebenarnya banyak lagi adat2 perahwimnan Brunei & Syarat semasa Melamar anak dara Brunei... contohnya seperti Sofea katakan Langkah Bendul.. Langkah Sungai pun ada jugak... langkah Sungai tu jika sekiranya kedua2 pasangan tu tinggal di tempat berseberangan sungai... syarat langkah sungai ni boleh di minta dgn benda atau wang... dan satu lagi adat persandingan Melayu Brunei adalah Adat Basuh kaki(Cuci Kaki) ianya diamal oleh satu daerah sahaja iaitu di Daerah Tutong.. Adat basuh kaki nie mestilahsalah seorang pasangan pengantin tu berkelahiran Orang Tutong... Dan Basuh Kaki ni jugak setelah pengantin duduk di atas pelamin para jemputan akan menyiram air keatas kaki pengantin... dan selalunya jemputan akan memberi hadiah berupa benda dan juga wang... ada sesetengahnya mennghadiahkan cincin, rantai, gelang atau anting2 emas,, dan ada jugak memberi wang lebih dari BND$10 dan paling tinggi klau org tu Kaya dia akan memberi lebih dari BND$100.. Pakcik Kayooo... hehehe...

Pembetulan- Malam Bilan-Bilan.. Yang Betul adalah Malam Ambil-Ambilan...

Santanmuda

sofeafaudzi.photography said...

soly - yep... silalah cari. jangan ragu2 dgn masyarakat melayu brunei :)

sofeafaudzi.photography said...

santan muda - trima kasih atas respon yg cukup baik. ya, x dinafikan byk lg adat2 yg x aku nyatakn sini sbb msyarakt mlayu brunei pun mmpunyai golongn2 ttentu. contoh, klu d brunei, agak mewah, jauh lebih mewah dr yg mnetap dmalaysia, wlupun yg mnetap dmlaysia pun majlisnya cukup mahal dpd adat2 lain. itu x dnafikn... masyarakt mlyu brunei gmarkn kmewahan kan ;) btw, pasal cuci/siram kaki tu... aku mmg tau hal tu.. tp lupa nak share. heeheh... thanks mengingatkan. ttg 'bilan-bilan', rupanya 'ambil-ambilan'? ahhahahaha... sorry, salah la tu kan.. thanks for the info! ;)

Anonymous said...

Sofea... saya yang patut berterima kasih kat awak sebab sudi menceritakan serba sedikit adat2 perkahwinan melayu Brunei....Ya Saya akui perkahwinan org melayu Brunei cukup mewah.. sesetengahnya ada ibu bapa tu mcm nak jual anak... tapi kebanyakannya ada jugak ibu bapak yg suka akan kesederhanaan yg penting sekali si suami dpt membahagiakan ister & anak2nya kelak... hehehhehe

Sofea disebabkan awak tersangat2 lah rajin dlm hal Google nie kan.. aper katerrrr ngko google psal pancing plak... aku nie di kategorikan Mat Pancing.. Anak Nelayan lah katakan..

Santanmuda..

sofeafaudzi.photography said...

btul tu ^^,... hahaha.. pasal pancing? familiku pun asalnya famili nelayan. datukku nelayan dulu. skrang x lagi. tp klu pancing mmncing, mmg hobi org drumah. tp bkn aku la... insyaAllah klu ku ada masa. pasal, ilmu pancing mmancing ni tsangat lah kurang. klu google, banyak tu infonya.. ;)

Anonymous said...

Saya kurang pasti ttg dulang sampai 50 tu Sofea.. kebanyakkan sedara mara saya yg sudah kawin, xde la sampai berpuluh-puluh dulang paling pun sampai 25 dulang je (seperti kawin adik beradik sebelah mak saya & kawin kakak saya)

Yang paling best tu.. semasa sebelum berjalannya majlis pertunangan.. selalunya ada la majlis 'bejarum-jaruman' (merisik).. pihak lelaki datang xde la ramai sangat seperti majlis pertunangan, cukuplah beberapa orang dari keluarga pihak lelaki, siap bawak satu dulang.. dulang tu berisi jenis keris/jarum emas dua bilah...ini mmg tradisi org brunei dulu.. tidak semua dapat mcm ni.. sesetengah je.. saya sendiri pertama kali melihat sewaktu majlis kakak saya sendiri.. ^.^

"muleh 3 hari" (balik 3 hari) kalau dulu ye, but sekarang ni sudah makin berkurangan.. kalau dulu sampai ada 'muleh 7 hari' (balik 7 hari).. sekarang pun dah berkurangan nak sembelih kerbau sampai 2-3 ekor.. waktu kakak saya kahwin dulu pun tahun 2005 pun dah x sembelih kerbau ni.. ehehe.. nak mudah lagi just gune catering.. cuma tu je la.. tetamu datang bukan 300 ke 500 orang.. selalunya keatas dari 700 ke 1,000 jemputan (>.<)

sekadar berkongsi sikit.. ehehehe

Anonymous said...

salam sofea,
saya nak berkahwin dgn warga brunei. berapa biasanya wang hantaran pada masa sekarang? 2011.

sofeafaudzi.photography said...

salam. kalau warga brunei yg btul2 rakyat brunei/kewarganegaraan brunei hantaran biasanya dlm dolar brunei, and tinggi dari kadar biasa/normal hantaran di malaysia. apa2pun ikut budi bicara keluarga pasangan. cma harap u dapat faham adat budaya masyarakat brunei yg kdg2 spt 'menjual anak'. tp don't worry... skrg msyrkt brunei bfikiran terbuka.. yg penting, nikah. klu masyarakat brunei yg bukan warganegara brunei, contohnya di sabah/sarawak... minimum skrg ni org main harga 6k. tp baru2 ni ramai yg main harga 10k above. tgk keadaan lah... tp msh jg ada yg main hrga 5k bg yg ckp bsdrhana.

sofeafaudzi.photography said...

Anonymous said...
Saya kurang pasti ttg dulang sampai 50 tu Sofea.. >>>
tengok keadaan tempat. memang ada yg mcmtu. tp base on my experience, sy sllu mlihat budaya ni and adat keluarga dan sanak saudara sy bgtu jga. cma budaya kta sjajar dngn predaran zaman... dgn suasana ekonomi yg x stabil, rmai jg pasangn bkawin yg mmilih utk bsederhana n mmilih katering.. lebih mudah and ekonomik lah sbbnya... :)

Sarah said...

Salam, Terima kasih Sofea kerana share information about perkahwinan orang Brunei. Saya dah lama cari information tentang perkahwinan org Bruneian walaupun saya sendiri org Brunei. Emak saya org bandar tp bapa saya org tutong saya hanya tahu serba sikit tentang perkahwinan org Tutong. Seperti yg dmaklum kan oleh santan muda kot.

Information ani help me alot and saya admit sendiri perkahwinan org Brunei begitu mewah. Pasal hal dulang tu saya tak pasti, last time saya attend my cousin punya wedding, well dia ani mak bapak dia org ada title gitulah macam dato and datin so dia punya dulang antaran dalam seingat saya 18-25 gitu. Majlisnya pun meriah and tempat persandingan bkn main meriah hotel 4-5 stars. But anyway thank you so much. Nice blog, tak sabar plg nak kahwin rasanya hehehe.

sofeafaudzi.photography said...

Sarah - mungkin mereka memilih utk memberi sedikit dulang.. jumlah dulang adalah pilihan masing2.. tambahan anak orang kaya, dah terang2 kaya, walaupun dulang hanya 5, tp isi atasnya sgt berharga.. hehe.. skrg, tahun 2012 sy melihat ramai dah berhijrah kpd budaya ala-ala semenanjung, hanya berbalas dulang apa adanya.. yg penting adat2 utama yg penting. .dan nikah.. kawin la cepat2. hihi :)

Anonymous said...

salam. ada tak senarai nama2 alat perkahwinan masyarakat brunei.macam yang ada dekat gambar tu.kalau ada boleh tak sent email dekat saya alaihaha14@gmail.com. terima kasih.

sofeafaudzi.photography said...

ok sis. i inbox u k :)

siti norhayati said...

boleh tak inbox gambar mengenai adat perkahwinan in? contonya peralatan perkahwinan, peralatan muzik, dan sebagainya..siti_norhayati92@yahoo.com
saya banyak nak tahu mengenai adat perkahwinan ini..

ayyub syaikhe sulaiman said...

Salam, kalau dirupiah kan, kira2 berapa yaah :)

Anonymous said...

thanks a lot sofea...sya tgh mencari mklumat adat perkahwinan kaum Brunei...kalau ada gambar2 peralatan n dulang2 hantaran boleh tak inboxkan sya e_eriey@yahoo.com. regards

budak um said...

thanxs 4 information ,, sofea ,, sye nak kriteria jodoh kat brunei darussalam ,, tolong sye plizz ,, sye sedang bwt assignment tajuk tue ,, email je kat ne : alfaiez2502@yahoo.com

Sofea Faudzi said...

Ok uols