About Me

My Photo
Sarawak/Kuala Lumpur, Malaysia
I wanna be someone and somebody. Mark my words.

Thursday, 14 April 2011

Gaya rambut untuk 'gadis comel'

MENGUBAH potongan rambut misalnya daripada rambut panjang kepada potongan bulat atau bob akan membuatkan seluruh penampilan berubah.

Justeru, sebelum membuat sebarang perubahan kenali dulu bentuk wajah anda. Selepas itu pilih gaya terbaik sama ada memotong keseluruhan rambut atau mengemaskannya saja. Menurut Presiden Persatuan Dandanan Malaysia, Billy Lim, rambut pendek sesuai untuk wanita berwajah atau bertubuh mungil. Wanita berwajah mungil lebih sesuai dengan gaya rambut pendek kerana rambut panjang membuatkan wajah mereka tenggelam.

“Gaya rambut pendek membuatkan seseorang itu nampak ringkas, elegan dan comel, ditambah pula dengan penampilan wanita itu sendiri,” katanya. Mengekalkan rambut rapi dan cantik, wanita berambut pendek harus mengunjungi salun sekurang-kurangnya sebulan sekali bagi menata gaya rambut.

Ini kerana rambut pendek tidak selalunya lebih praktikal berbanding rambut panjang. Keistimewaan rambut pendek apabila mampu memberi kesan lebih moden, trendy dan lebih mudah diingat penampilan mereka berbanding rambut pan jang. Lim juga menolak tanggapan mengatakan wanita berambut pendek sukar bergaya apabila menghadiri majlis kasual yang memerlukan seseorang itu berdandan mewah. “Anda masih nampak elegan walaupun berambut pendek. Ini kerana teknik dandanan akan menampilkan gaya ter sendiri. Sekiranya memakai gaun, pasti penampilan anda lebih menyerlah dan menjadi tumpuan,” katanya.

Tetapi tidak semua orang sesuai berambut pendek. Ada beberapa panduan yang boleh diikuti bagi memastikan gaya rambut bersesuaian dengan wajah:

- Jika memiliki rambut pendek yang ikal, gunakan pengering rambut dan tarik setiap ikal rambut untuk membuatnya lurus. Namun ini mengambil masa lama, sebaiknya pilih gaya bob dengan sentuhan lapisan untuk memberikan kesan ringan pada ikal rambut.

- Tambahkan lapisan pada potongan rambut agar wajah kelihatan lebih segar dan muda. Buat sentuhan dengan membiarkan rambut terpacak. Semburkan rambut lalu ke ringkan ke atas serta sisi yang berlawanan dengan belahan rambut.

- Perempuan bertubuh besar lebih sesuai dengan rambut berombak gaya bob sehingga dagu. Jika memotong rambut lebih pendek daripada itu, kepala akan terlihat terlalu kecil daripada tubuh.

- Potongan rambut pendek yang cantik sekali pun akan kelihatan kusut sekiranya tidak membuat perapian dengan produk penata rambut seperti gel atau semburan rambut. Dalam keadaan tertentu sekiranya produk penata rambut sudah habis, anda boleh menggunakan krim tangan untuk membuat rambut kelihatan halus dan terawat.

CONTOH 'BOB HAIRSTYLE' yang famous dari dulu hingga sekarang







P/s :  Dulu aku selalu buat rambut macam ni...  Sekarang dah panjang.  Rindu plak nak buat rambut macam ni semula.  Pada aku, gaya rambut Bob ni memang ringkas, stylo, mudah untuk menjaga dan sesuai untuk 'gadis comel'.  Ingat nak buat rambut macamni lagi semula...  Emmm...  Tapi macam sayang plak dengan rambut yang dah panjang ni.  Dah bertahun-tahun tak berambut panjang... -..-

4 comments:

KipaSusahMati said...

Kipas xleh bt rmbt mcm tu...miahahahah

sofeafaudzi.photography said...

Kipas, apesal plak? cantik laaa... :)

fasya;) said...

wah . lawa lah contoh 'BOB HAIRSTYLE' tu :)

sofeafaudzi.photography said...

memang lawa n stylo ^^, try la beb. sure it will be nice for u