Bercuti Ke Pulau Manukan Sabah
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Entri kali ini saya ingin berkongsi tentang 'trip sahabat' ke Pulau Manukan. Bagi yang bercadang untuk melancong ke Kota Kinabalu, pastikan anda tidak ketinggalan untuk pergi ke pulau ini kerana ianya sangat dekat dan mempunyai kawasan menarik serta indah pada pandangan mata. Untuk pengetahuan semua, Pulau Manukan merupakan antara gugusan pulau yang bernaung di bawah negeri Sabah. Untuk pergi ke pulau ini, anda hendaklah pergi ke jeti Jesselton Point terlebih dahulu untuk mendapatkan tiket bot laju beserta pakej-pakej pelancong yang telah disediakan oleh ejen-ejen bertauliah di sana. Jangan risau tentang lokasi jeti ini kerana ia berada di dalam kawasan bandaraya Kota Kinabalu. Tempoh perjalanan dari jeti ke Pulau Manukan menaiki bot laju adalah sekitar 15 minit sahaja dan tiket untuk seeorang adalah sekitar RM30.00. Jika anda seorang pelajar, anda layak mendapatkan diskaun harga bagi tiket yang dijual. Tanpa berbicara lebih panjang