Senarai Hitam PTPTN: Apa Rakyat Malaysia Perlu Lakukan Sebelum Ke Luar Negara
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pada 15 Januari 2017 (tahun ini) saya telah pergi melancong ke Phuket Thailand selama empat hari (15 - 18 Januari 2017). Alhamdulillah saya telah selamat pergi dan kembali ke tanah air dengan membawa seribu satu memori indah yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.
Pada 15 Januari 2017 (tahun ini) saya telah pergi melancong ke Phuket Thailand selama empat hari (15 - 18 Januari 2017). Alhamdulillah saya telah selamat pergi dan kembali ke tanah air dengan membawa seribu satu memori indah yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.
Namun
apa yang ingin saya kongsikan pada entri ini bukanlah tentang
pengalaman saya melancong ke Phuket (InshaAllah saya akan kongsikan pada
entri seterusnya) tetapi berkenaan dengan SENARAI HITAM PTPTN. Sejak
kebelakangan ini kita sering membaca berita yang terpapar di laman
sosial tentang kekesalan netizen Malaysia terhadap ketegasan kerajaan
menyenarai hitam nama peminjam PTPTN yang mempunyai tunggakan tanpa
kompromi.
Ramai yang terkandas di lapangan terbang dan dipaksa untuk melangsaikan tunggakan penuh serta-merta bagi membolehkan nama yang disenarai hitam ditarik balik. Bagi yang mempunyai backup savings mungkin mampu melunaskan tunggakan serta-merta itupun jika kaunter dan pejabat urusan PTPTN masih dibuka, tetapi bagaimana dengan mereka yang tidak mempunyai simpanan yang cukup atau tidak ada langsung simpanan untuk membuat bayaran serta-merta? Saya tahu ramai di kalangan orang yang hendak ke luar negara sama ada atas urusan melancong atau bekerja bukan berasal dari golongan yang berkemampuan. Mereka boleh pergi ke luar negara kerana pada zaman sekarang banyak tiket murah boleh didapati semasa promosi dilakukan oleh syarikat-syarikat penerbangan serta ada segelintirnya ke luar negara atas tajaan atau tanggungan syarikat atau individu semata-mata.
Oleh itu, apa yang perlu kita lakukan bagi mengelak perkara sedemikian terjadi kepada kita?
Di
sini saya akan berkongsi serba-sedikit tentang pengalaman saya sendiri
disenarai hitam sebelum ke luar negara baru-baru ini dan bagaimana saya
mengatasi masalah ini dengan kadar segera.
Lebih kurang seminggu sebelum penerbangan saya ke Thailand, saya telah pergi ke Pejabat Imigresen di UTC Pudu untuk renew passport dan membuat pembayaran balik bulanan PTPTN (saya lebih suka membuat pembayaran manual ke kaunter).
Semasa salah seorang pegawai imigresen membuat semakan, pegawai tersebut memaklumkan bahawa saya tidak dapat renew passport
atas alasan telah disenarai hitam oleh PTPTN. Waktu itu terasa sangat kesal padahal saya seorang pembayar yang patuh. Rasa
agak kecewa andai kata percutian saya terpaksa dibatalkan sedangkan
tujuan saya bercuti adalah untuk merehatkan fizikal dan minda yang
terlalu letih pada ketika itu. Apabila memikirkan percutian yang mungkin
dibatalkan bertambahlah stress yang saya hadapi.
Namun, adalah lebih baik mendapatkan penjelasan
dari pihak PTPTN sendiri. Memandangkan kebetulan pada hari tersebut
saya sememangnya hendak berurusan ke kaunter PTPTN, maka saya terus
pergi ke Pejabat PTPTN yang berada di tingkat tiga UTC Pudu.
Setelah
saya mendapatkan penjelasan daripada pihak PTPTN, mereka memaklumkan
bahawa saya mempunyai tunggakan hutang lebih kurang RM3,000.00.
Bagaimana tunggakan tersebut boleh terjadi panjang ceritanya tapi yang
penting anda mesti tahu tidak semestinya anda menjadi pembayar patuh dan
membayar amaun lebih dari amaun minimum setiap bulan dapat mengelakkan
anda dari disenarai hitam. Waktu itu saya rasa agak pissed off.
Sudah lah kebetulan bulan tersebut saya nak bayar yuran semester baru, nak bayar komitmen-komitmen lain (menelan angka
beribu-ribu Ringgit) pula pada bulan tersebut, ditambah lagi saya nak pump modal niaga yang tak seberapa serta nak buat tukaran Ringgit ke matawang Thai Baht. Untuk seketika saya buntu!
But
there is always a way out, I believe in every difficulty has its
solution. it depends on how you manage to find the solution.
Saya cuba membuat rundingan dengan pegawai yang attend saya
pada waktu tersebut tetapi nasib saya kurang baik bertemu dengan
pegawai yang tidak ada kompromi. Beliau tetap mahu
saya membuat pembayaran penuh untuk membolehkan nama saya dibersihkan
dari senarai hitam.
But hey! Don't just nod your head and be a Yes Man.
Apabila saya mengalami situasi tersebut, berikut adalah langkah-langkah yang saya ambil:
1.
Saya menerangkan bahawa kemampuan dan keadaan komitmen semasa (pada
waktu tersebut) tidak membenarkan saya membuat pembayaran penuh
memandangkan saya bekerja sendiri, belajar ijazah sarjana muda atas
tanggungan sendiri, adik-beradik saya semua masih menuntut ilmu (saya
merupakan anak sulung daripada lima orang adik-beradik) dan saya tidak
mahu menyusahkan ibubapa walaupun mereka mempunyai duit simpanan kerana
masalah saya tidak harus ditanggung oleh mereka. Setelah saya
menerangkan situasi tersebut, barulah beliau menawarkan skim
penstrukturan semula hutang PTPTN.
2.
Tapi saya tidak percaya dan bergantung semata-mata pada pegawai yang
menguruskan permohonan penstrukturan semula hutang PTPTN saya. Saya ada bad feelings mengatakan
beliau akan menggagalkan permohonan saya dan akan tetap meminta saya
membuat bayaran penuh. Kenapa saya rasakan begitu adalah berdasarkan observation layanan beliau terhadap saya pada waktu tersebut. Rasanya tak perlu saya bercerita panjang pada bahagian tersebut.
On
the same day, I called 1MOCC to be directed to another online PTPTN
officer regarding the further information of blacklisted name since the
'lady boss' officer who attended me earlier was not really helping and
not friendly at all. Guess what? He provided me with a lot of useful
information I have not know and he gave me his phone number, he asked me
to whatsapp him regarding my inquiries of what, why, when, where, how,
bla bla bla! So never judge an organization by one 'rotten tomato'
because there are many other officers who have good dedication in work,
to help people in trouble like me. Yeah. My faith in humanity has been
restored.
3. Berbalik kepada cerita asal, the next day seperti yang saya jangkakan (my instinct was right) permohonan
untuk penstrukturan semula tidak diluluskan dan beliau meminta saya
untuk membuat pembayaran penuh. Tapi saya bernasib baik kerana telah
cuba mendapatkan informasi lebih awal dan lanjut dari pegawai PTPTN yang
saya ceritakan di atas tadi, maka saya membuat counterback (bukan diajar oleh pegawai yang baik hati) tetapi by manipulating the given information as long as it is not changing any facts di
mana sepatutnya semasa disemak oleh pegawai PTPTN yang baik hati memang
saya boleh membuat penstrukturan semula serta tidak ada sebarang
masalah sistem seperti yang dimaklumkan kepada saya oleh pegawai yang
menggagalkan permohonan penstrukturan semula tersebut.
4. Luck was not on my side lagi.
Tinggal tiga hari sebelum penerbangan dan saya berkeras untuk membayar
sebanyak RM2,500.00 sahaja dan bukan RM3,000.00 seperti yang dikehendaki
kerana saya perlukan simpanan yang cukup sebab nak renew passport
pun guna duit, nak pergi luar negara pun guna duit serta duit dalam
akaun bank mesti sentiasa ada sebagai langkah berjaga-jaga jika sebarang
perkara yang tidak diingini berlaku.
Guess what? She won't understand. Okay, I know that is a part of her jobs getting collection as much as possible.
5.
Dua hari sebelum penerbangan (Hari Jumaat). Saya sudah tidak boleh
bersabar dan disuruh menunggu dan menunggu di mana saya tahu tetap akan
digagalkan. Tanpa membuang masa, saya pergi menelefon semula 1MOCC dan
meminta untuk dihubungkan ke PTPTN supaya saya boleh mendapatkan nombor
telefon pegawai yang menguruskan kes saya. Kemudian, saya terangkan A-Z
di mana saya tahu saya boleh menstruktur semula seperti yang dimaklumkan
pegawai PTPTN lain, saya merupakan pembayar yang patuh, saya cuba
membayar semampu yang mungkin, dan sepatutnya tidak ada isu berkenaan
kes saya kerana saya telah dimaklumkan bahawa penstrukturan semula PTPTN
tidak memerlukan pembayaran penuh kerana apabila penstrukturan
dilakukan, total amaun yang kita bayar akan dragged forward sebagai bayaran bulanan bulan-bulan mendatang!
Tak
Faham? Baik, sebagai contoh saya mempunyai tunggakan RM3,000.00 tetapi
saya hanya mampu membayar sebanyak RM1,000.00 pada ketika tersebut
manakala bayaran bulanan balik saya pula kurang daripada RM100.00 setiap
bulan. Maka jumlah RM1,000.00 tersebut akan digunakan sebagai advance payment untuk
bulan-bulan yang akan datang. Selagi jumlah pembayaran tunggakan
tersebut masih menampung bayaran bulanan, kita tidak akan disenarai
hitam melainkan dalam tempoh 10 bulan dan bayaran kasar setiap bulan
adalah RM100.00 dan anda pada awalnya telah membayar tunggakan sebanyak
RM1,000.00 sahaja, maka jika bulan ke-11 tidak ada pembayaran dibuat
barulah kita akan disenarai hitam semula.
6.
Masih tidak mendapat respon pada sebelah petang. Beberapa hari
sebelumnya saya juga telah menghantar emel kepada yang berkenaan tentang
kes tunggakan saya juga langsung tidak ada balasan. Sebelum pukul 4.30
petang, saya cuba menghubungi pegawai yang baik hati untuk memajukan kes
saya ke pihak atasan dan beliau dengan ringan hati membantu saya.
Beliau juga meminta saya menghubungi pegawai yang menguruskan kes saya
dan meminta jika beliau tidak mampu untuk membuat penstrukturan, mohon
kes saya dinaikkan pada pihak atasan beliau juga.
Then
you know what happened? By 6.00pm I received a Whatsapp message asking
me to come over to the office before 8.00pm to restructure my PTPTN
loan.
Boleh pula.
That day everything was going smoothly sebab pegawai lain yang take over my case. Case closed and the next day I renewed my passport (on Saturday)! Yeah.
Kesimpulannya, jika pegawai tidak terlalu membantu, jangan bergantung pada satu pihak sahaja. Please try sebanyak cara yang mungkin dan jangan terlalu lurus bendul. Sebenarnya
anda tidak perlu membuat pembayaran penuh pun tapi kalau mampu adalah
lebih baik. Ini hanyalah sedikit sebanyak nasihat yang mungkin boleh
diterima pakai oleh sesetengah orang yang tidak berkemampuan seperti
saya jika ada kes seperti ini berlaku. Apapun, sebelum nak ke luar
negara, pastikan sekurang-kurangnya sebulan hingga ke minggu terakhir
sebelum penerbangan anda membuat semakan imigresen berkala bagi
mengelakkan insiden terkandas di lapangan terbang berlaku. Malu dapat,
sakit hati dapat, rugi dapat.
Oh
ya, bagi yang bercakap kalau tak mampu kenapa nak melancong juga,
pernah alami tak bila tiba-tiba bulan tu anda tak sangka semua perkara
datang serentak dan perlukan komitmen penuh dan segera on all things? That is what happened to me. Dari sepatutnya saya komitmen bulanan saya Januari lepas sekitar RM4,000.00 - RM5,000.00 (all include my expenses in Thailand, new semester fee, basic commitments) melonjak ke angka almost double. Tak runsing? Nasib baiklah saya sejenis manusia yang free from any loans (except PTPTN). Bayangkan kalau saya berhutang sana-sini, I won't imagine that -- scary!
And another last conclusion, cepat-cepat habiskan tunggakan dan hutang PTPTN. Kalau mampu funding kos pembelajaran sendiri adalah lebih baik daripada membuat pinjaman PTPTN. This is what I have applied on my bachelor in Communication at UUMKL. Bukan
nak kata saya mampu, saya juga insan yang ada pasang surut kewangan
tapi saya dah tetapkan azam tidak sesekali buat pinjaman PTPTN sekalipun
saya terpaksa makan nasi dan kicap pada tengah bulan.
Terima kasih kerana sudi membaca! Kongsikan supaya manfaat sampai kepada yang memerlukan.
Comments
Dominoasli http://surgaqq.logdown.com/
Liondomino http://liondomino.logdown.com/
JatimQQ http://jatimqq.logdown.com/
BerlinQQ http://berlinqq.logdown.com/
Aslibandar http://aslibandar.logdown.com/
Aslicapsa http://sboqq.logdown.com/
RatuIDR http://ratuidr.logdown.com/
SurgaQQ http://surgaqq-domino.logdown.com/