Perancangan Melancong ke Seoul Korea (Musim Luruh)
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pada 30 Oktober 2015 (Jumaat), saya dan seorang rakan lagi merancang untuk melancong ke Seoul Korea dan akan berada di sana selama 4 malam 5 hari. Syarikat penerbangan pilihan kami sudah pasti Air Asia di mana pihak Air Asia banyak menawarkan tambang lebih murah daripada syarikat penerbangan lain!
Musim Luruh (Autumn)
Kenapa memilih musim luruh? Kerana kecantikan musim luruh dan cuaca sejuk pada musim itu mendorong kami lebih memilih musim luruh berbanding musim-musim yang lain. Memandangkan rakan saya juga adalah seorang photographer, sudah pasti kami ingin memilih musim yang terbaik untuk rakaman memori di sana. Seawal rancangan, kami berdua merancang untuk pergi pada musim sejuk (winter) tapi memandangkan musim tersebut sudah pastinya akan menterhadkan aktiviti kami, adalah lebih baik kami pergi pada musim luruh. Tambahan pula, pada tarikh dan bulan berkenaan adalah paling sesuai untuk kami melancong sedikit jauh keluar dari Malaysia. Menurut laman web rasmi Visit Korea, mereka turut mengesyorkan musim terbaik untuk ke Korea adalah musim luruh berbanding musim-musim yang lain.
Cuaca Musim Luruh di Seoul
Cuaca sepanjang kami berada di Seoul nanti menurut maklumat di laman web rasmi Accuweather diramal sekitar 14 celcius - 15 celcius pada waktu siang dan suhu pada waktu malam sekitar 4 celcius - 3 celcius pada waktu malam. Memang terbaik jika anda menginginkan cuaca yang membolehkan anda beraktiviti luar pada waktu siang dan malam pula boleh merasa seolah-olah berada di musim sejuk.
Perlu atau Tidak untuk Khidmat Agensi/Pemandu Pelancong?
Secara peribadi, saya memilih untuk melancong tanpa memerlukan khidmat agensi perlancongan di mana saya boleh menjimatkan sedikit sebanyak kos seluruh perbelanjaan. Tapi, untuk melancong tanpa perkhidmatan agensi perlancongan anda haruslah membuat persediaan penuh apatah lagi jika anda baru pernah menjejak kaki ke sana. Anda mesti tahu bagaimana hendak memilih lokasi hotel yang memudahkan anda, bagaimana hendak pergi ke tempat-tempat tarikan pelancong yang anda mesti pergi, bagaimana hendak mendapatkan makanan halal, dan lain-lain. Setakat ini, rakan saya ada mencadangkan untuk mengambil khidmat pemandu pelancong bersama pakej hotel, makanan halal, pengangkutan dan beberapa pakej menarik lain lagi dari seorang pelajar warganegara Malaysia yang belajar di Seoul Korea. Boleh lihat laman sosial Instagram rasmi milik pelajar tersebut di sini, Let's Jom Korea.
Menurut rakan saya, kesantaian pelajar tersebut sebagai pemandu pelancong berbanding yang lain menjadi tarikan kerana sudah pasti jiwa pelajar itu sendiri berjiwa muda dan pastinya pelancong akan gembira mendapatkan perkhidmatannya. Pakej untuk 1-2 orang untuk 4 hari 5 malam ditawarkan bermula dengan harga RM1,600.00* (rate terbaru berkuatkuasa 1 April 2015) untuk seorang. Dengan perkhidmatan tersebut, kita sebagai pelancong tidak perlu pening kepala untuk memikirkan aktiviti kita di sana kerana telah diuruskan oleh pelajar tersebut. Oleh itu, saya mempunyai dua pilihan sama ada untuk pergi ke sana tanpa khidmat agensi atau pemandu pelancong tapi harus buat persiapan dari A hingga Z ataupun ambil perkhidmatan tersebut tanpa perlu fikirkan banyak perkara, hanya perlu sediakan perkara penting untuk melancong ke luar negara sahaja. Anda boleh fikirkan juga.
Persiapan Sebelum ke Korea
Senaraikan perkara-perkara penting dan wajib untuk ke luar negara! Pastikan passport merah anda masih sah digunakan. Untuk pengetahuan anda, merujuk laman web rasmi Kementerian Penerangan Malaysia, warganegara Malaysia dikecualikan visa untuk ke sana bagi pas lawatan sosial untuk tempoh satu bulan. Oleh itu kita tidak perlu bimbang memikirkan tentang permohonan visa.
Selain itu, perkara wajib yang kita wajib bawa apabila berada di sana adalah international socket adapter kerana socket point di sana berbeza dengan Malaysia. Jangan lupa juga untuk membawa power bank untuk telefon anda! Lain-lain yang perlu disediakan juga adalah baju tebal yang sesuai dengan musim di sana, wang tunai tukaran matawang korea, makanan segera, bahan bacaan bagi menghilangkan rasa bosan dalam penerbangan sekitar 6-7 jam, sejadah dan telekung untuk memudahkan proses solat di mana-mana, beg galas untuk memudahkan pergerakan, ubat-ubatan yang dibenarkan dan itinerari keseluruhan bagi memudahkan aktiviti di sana. Itinerari adalah penting untuk mengelakkan masa terbuang dan segala aktiviti berjalan dengan lancar.
Anda disyorkan untuk membuat tempahan hotel atau rumah tumpang lebih awal kerana kebiasaannya harga tempahan terus ke kaunter jauh lebih mahal berbanding tempahan melalui laman web. Tempahan awal juga digalakkan kerana anda wajib tahu di mana anda akan tinggal sepanjang berada di sana, adakah tempat tersebut memudahkan untuk pelancong dan berdekatan dengan tempat-tempat yang akan kita pergi, dan antara sebab lain adalah untuk mengelakkan tempat penginapan penuh atau pilihan terhad! Antara laman web tempahan hotel yang terkenal dan dipercayai adalah Agoda, Trivago, Booking dan Trip Advisor. Boleh klik link yang diberikan dan buat perbandingan harga sebelum membuat tempahan. Lokasi penginapan yang biasa dicadangkan oleh pelancong dari Malaysia adalah di Itaewon kerana kawasan tersebut mudah untuk mendapatkan makanan halal kerana ramai orang Islam di sana, terdapat masjid berdekatan dan mudah untuk pergi ke mana-mana. Selain Itaewon, Jongno juga merupakan lokasi tumpuan penginapan pelancong kerana lokasinya berada di tengah nadi Seoul yang membolehkan pelancong ke tempat-tempat yang diingini. Untuk maklumat lebih lanjut, boleh rujuk di link ini Uzairothman.com dan myfir2u.
Selain itu lagi, anda harus mengkaji informasi am tentang imigresen Korea seperti di link berikut Korea Immigration Service, bagaimana hendak mendapatkan pengangkutan dari lapangan terbang ke tempat penginapan, bagaimana hendak bergerak dari sebuah lokasi ke sebuah lokasi. Untuk pengetahuan semua, sistem pengangkutan awam di Seoul sangat efisien kerana hampir meliputi semua kawasan tumpuan dan tarikan perlancongan. Antara pengangkutan awam pilihan ramai adalah keretapi bawah tanah (Subway), bas dan teksi. Teksi di sana juga turut menyediakan perkhidmatan teksi antarabangsa berwarna oren di mana pemandu diberikan sijil bertutur bahasa Inggeris. Untuk maklumat lanjut tentang pengangkutan, boleh klik link ini Kimsnet dan myfir2u.
Borang Declaration Card dan Departure Card
Jangan lupa untuk mengisi declaration card dan departure card sebelum membuat penyerahan di kaunter imigresen. Jangan risau, pembantu penerbangan sentiasa akan membantu anda sepanjang penerbangan. Mereka akan memberikan anda borang untuk diisi dan harus selesai diisi sebelum mendarat. Tapi pastikan anda membawa sebatang pen sewaktu dalam penerbangan untuk kegunaan mengisi borang.
Senarai Lokasi Tarikan Pelancong di Seoul Korea
Sebelum kita hendak ke Seoul Korea, kita mesti tahu ke mana kita hendak pergi. Bagi saya dan rakan, destinasi yang wajib kami pergi adalah taman tema Lotte World dan pulau Nami. Saya juga berniat untuk melawat bangunan SBS (Seoul Broadcasting System) di mana syarikat televisyen terkemuka tersebut telah berjaya membuat pelbagai rancangan televisyen terkenal seperti Running Man yang telah terkenal merata dunia.
Berikut adalah antara lokasi penting yang kami akan pergi nanti:
- Pulau Nami - Terkenal kerana pernah menjadi lokasi pergambaran Winter Sonata, sebuah drama televisyen Korea yang sangat terkenal suatu ketika dahulu. Walaupun ianya sebuah pulau, tapi ia terletak di tengah sungai, bukan di tengah laut seperti yang disangkakan. Informasi dan panduan pembelian tiket ke Pulau Nami boleh rujuk ke link ini, Visit Korea dan Fieza.net.
- Petite France - Senibina bangunan dan suasananya dipengaruhi oleh budaya Perancis. Lokasinya berdekatan sahaja dengan Pulau Nami. Tempat ini sangat cantik, teratur dan tidak terlalu luas untuk diterokai namun mampu memberikan satu kepuasan dan membuatkan pengunjung seolah-olah berada di negara Perancis. Informasi lebih lanjut di Fieza.net dan Visit Korea.
- Taman Tema Everland - Sebuah taman tema ala-ala Universal Studios dan Disney Land tapi beridentitikan produk Korea sendiri. Sangat terkenal tapi ramai pelancong komen bahawa lokasi taman tema ini agak jauh sedikit dari pusat bandar Seoul. Informasi lebih lanjut di Fieza.net.
- Taman Tema Lotte World - Taman tema ini lebih konvinien berbanding taman tema Everland kerana lokasi yang dekat dan mudah untuk pergi. Ramai kawan saya cadangkan untuk pergi ke sini. Tiket masuk ke taman tema ini adalah sekitar RM170.00*. Informasi lebih lanjut di Journey of My Life - Noornazuha dan Lotte World.
- Kafe Hello Kitty - Kafe ini sangat terkenal di kalangan pelancong yang meminati Hello Kitty. Terdahulu lokasinya terletak di Hongdae telah ditutup untuk sementara waktu kerana dipindahkan ke lokasi baru yang telah beroperasi semula baru-baru ini di Myeongdong.
- Lain-lain - Sungai Han (maklumat lanjut di Wikipedia, Immaeverlastingstories), Itaewon (ramai komuniti muslim di Itaewon), Perkampungan Namsan Hanok (menampilkan keunikan budaya tradisional Korea), Menara Namsan Seoul (berdekatan dengan Namsan Hanok), Naamdaemun Market, Hongdae Street, Istana Gyeongbokung, Gwanghwamun Square, Myeongdong, Dongdaemun dan banyak lagi. Boleh buat carian Google. Antara sumber informasi yang boleh dipercayai adalah Wan Muhammad Hazem dan Myfir2u.
Bagi saya, membeli-belah bukan perkara yang saya suka semasa melancong melainkan benda tersebut tidak mudah didapati di Malaysia dan saya menyukainya. Apa yang saya telah senaraikan di atas adalah sekadar senarai yang akan disenarai pendek untuk kegunaan saya semasa melancong nanti.
Informasi Sampingan
Sila jangan buang segala resit pembelian anda semasa di Seoul kerana Korea mengamalkan sistem pungutan cukai GST di mana ianya tidak sepatutnya dikenakan terhadap pelancong. Oleh itu, kita boleh membuat tuntutan cukai semula di kaunter-kaunter yang ada di pusat membeli belah atau di lapangan terbang sebelum kembali ke tanah air. Untuk pengetahuan kita semua juga, di taman tema Lotte World adalah bebas cukai khas untuk pelancong asing sahaja.
Setakat ini hanya seperti di atas sahaja maklumat yang mampu saya perolehi. Bayangkan jika saya boleh pergi berdua dengan rakan saya tanpa perkhidmatan pemandu pelancong, sudah tentu saya boleh mengurangkan kos keseluruhan perbelanjaan dan boleh mencabar kebolehan diri melancong di negara orang. InshaAllah, jika tidak ada aral melintang akan dijejak jua bumi Seoul Korea sekejap masa nanti.
Jika anda ada perkara yang ingin dikongsikan sebagai panduan atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan aktiviti perlancongan ke Seoul Korea, tolong tinggalkan komen berguna di ruang komen di bawah.
Terima kasih!
Comments
email sy :eny614@johor.uitm.edu.my tq
Lone ranger..hehe..excited + nerves
Anyone here planning same with me??
semoga dipermudahkan perjalanan di sana nanti
pergi secara backpack. pengalaman yang sangat menarik.
untuk travel kat sana nnti..dari segi hotel, pengangkutan dan tempat2 menarik(family trip)
cadangan anda semua amat la dihargai terima kasih
actually tgh plan ni..mcm nk g autumn..
Saya Saiful dari Naracards.com, travel independently iaitu sebuah travel guide yang menggalakkan orang ramai bercuti ke Korea secara sendiri.
Saya tertarik dengan perkongsian menarik di blog ini dan ingin menjemput tuan/puan menyertai program affiliate Naracards.com di http://www.naracards.com/affiliate.html
Terima kasih