Posts

Showing posts from July, 2012

Bercuti di Labuan

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Pada 14 Julai 2012, saya telah pergi ke Labuan. Walaupun percutian singkat ini tidak dirancang, namun ianya memberikan saya satu tanggapan baru terhadap pulau Labuan setelah sekian lama tidak pergi ke sana. Semasa saya kecil, Labuan boleh dianggap sebuah pulau bandar yang maju dan terkenal. Apabila Aidilfitri menjelang, penduduk sekitar Sabah, Sarawak dan Brunei berpusu-pusu ke Labuan untuk membeli-belah terutamanya kain untuk dibuat baju Melayu dan baju kurung. Hingga satu tahap jika bot laju atau kapal ekpress penuh penumpang, kami sanggup merentas lautan menaiki bot nelayan kecil. Nasib baik apabila cuaca baik namun nasib akan kurang baik apabila cuaca tidak baik dan lautan bergelora. Seingat saya, semasa kecil saya pernah pergi dua kali ke Labuan dalam keadaan laut yang bergelora. Ombak ganas melambung bot kecil kami, nenek mengikat badan saya menggunakan pelampung kecil dan menutup saya di bawah kanvas. Namun, kali ini apabila saya k