Senarai Hitam PTPTN: Apa Rakyat Malaysia Perlu Lakukan Sebelum Ke Luar Negara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada 15 Januari 2017 (tahun ini) saya telah pergi melancong ke Phuket Thailand selama empat hari (15 - 18 Januari 2017). Alhamdulillah saya telah selamat pergi dan kembali ke tanah air dengan membawa seribu satu memori indah yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.
 

Namun apa yang ingin saya kongsikan pada entri ini bukanlah tentang pengalaman saya melancong ke Phuket (InshaAllah saya akan kongsikan pada entri seterusnya) tetapi berkenaan dengan SENARAI HITAM PTPTN. Sejak kebelakangan ini kita sering membaca berita yang terpapar di laman sosial tentang kekesalan netizen Malaysia terhadap ketegasan kerajaan menyenarai hitam nama peminjam PTPTN yang mempunyai tunggakan tanpa kompromi.
 





Ramai yang terkandas di lapangan terbang dan dipaksa untuk melangsaikan tunggakan penuh serta-merta bagi membolehkan nama yang disenarai hitam ditarik balik. Bagi yang mempunyai backup savings mungkin mampu melunaskan tunggakan serta-merta itupun jika kaunter dan pejabat urusan PTPTN masih dibuka, tetapi bagaimana dengan mereka yang tidak mempunyai simpanan yang cukup atau tidak ada langsung simpanan untuk membuat bayaran serta-merta? Saya tahu ramai di kalangan orang yang hendak ke luar negara sama ada atas urusan melancong atau bekerja bukan berasal dari golongan yang berkemampuan. Mereka boleh pergi ke luar negara kerana pada zaman sekarang banyak tiket murah boleh didapati semasa promosi dilakukan oleh syarikat-syarikat penerbangan serta ada segelintirnya ke luar negara atas tajaan atau tanggungan syarikat atau individu semata-mata.

Oleh itu, apa yang perlu kita lakukan bagi mengelak perkara sedemikian terjadi kepada kita?

Di sini saya akan berkongsi serba-sedikit tentang pengalaman saya sendiri disenarai hitam sebelum ke luar negara baru-baru ini dan bagaimana saya mengatasi masalah ini dengan kadar segera.

Lebih kurang seminggu sebelum penerbangan saya ke Thailand, saya telah pergi ke Pejabat Imigresen di UTC Pudu untuk renew passport dan membuat pembayaran balik bulanan PTPTN (saya lebih suka membuat pembayaran manual ke kaunter).
 
Semasa salah seorang pegawai imigresen membuat semakan, pegawai tersebut memaklumkan bahawa saya tidak dapat renew passport atas alasan telah disenarai hitam oleh PTPTN. Waktu itu terasa sangat kesal padahal saya seorang pembayar yang patuh. Rasa agak kecewa andai kata percutian saya terpaksa dibatalkan sedangkan tujuan saya bercuti adalah untuk merehatkan fizikal dan minda yang terlalu letih pada ketika itu. Apabila memikirkan percutian yang mungkin dibatalkan bertambahlah stress yang saya hadapi.

Namun, adalah lebih baik mendapatkan penjelasan dari pihak PTPTN sendiri. Memandangkan kebetulan pada hari tersebut saya sememangnya hendak berurusan ke kaunter PTPTN, maka saya terus pergi ke Pejabat PTPTN yang berada di tingkat tiga UTC Pudu.

Setelah saya mendapatkan penjelasan daripada pihak PTPTN, mereka memaklumkan bahawa saya mempunyai tunggakan hutang lebih kurang RM3,000.00. Bagaimana tunggakan tersebut boleh terjadi panjang ceritanya tapi yang penting anda mesti tahu tidak semestinya anda menjadi pembayar patuh dan membayar amaun lebih dari amaun minimum setiap bulan dapat mengelakkan anda dari disenarai hitam. Waktu itu saya rasa agak pissed off. Sudah lah kebetulan bulan tersebut saya nak bayar yuran semester baru, nak bayar komitmen-komitmen lain (menelan angka beribu-ribu Ringgit) pula pada bulan tersebut, ditambah lagi saya nak pump modal niaga yang tak seberapa serta nak buat tukaran Ringgit ke matawang Thai Baht. Untuk seketika saya buntu!
 
But there is always a way out, I believe in every difficulty has its solution. it depends on how you manage to find the solution.
 
Saya cuba membuat rundingan dengan pegawai yang attend saya pada waktu tersebut tetapi nasib saya kurang baik bertemu dengan pegawai yang tidak ada kompromi. Beliau tetap mahu saya membuat pembayaran penuh untuk membolehkan nama saya dibersihkan dari senarai hitam.

But hey! Don't just nod your head and be a Yes Man.
 
Apabila saya mengalami situasi tersebut, berikut adalah langkah-langkah yang saya ambil:
 
1. Saya menerangkan bahawa kemampuan dan keadaan komitmen semasa (pada waktu tersebut) tidak membenarkan saya membuat pembayaran penuh memandangkan saya bekerja sendiri, belajar ijazah sarjana muda atas tanggungan sendiri, adik-beradik saya semua masih menuntut ilmu (saya merupakan anak sulung daripada lima orang adik-beradik) dan saya tidak mahu menyusahkan ibubapa walaupun mereka mempunyai duit simpanan kerana masalah saya tidak harus ditanggung oleh mereka. Setelah saya menerangkan situasi tersebut, barulah beliau menawarkan skim penstrukturan semula hutang PTPTN.

2. Tapi saya tidak percaya dan bergantung semata-mata pada pegawai yang menguruskan permohonan penstrukturan semula hutang PTPTN saya. Saya ada bad feelings mengatakan beliau akan menggagalkan permohonan saya dan akan tetap meminta saya membuat bayaran penuh. Kenapa saya rasakan begitu adalah berdasarkan observation layanan beliau terhadap saya pada waktu tersebut. Rasanya tak perlu saya bercerita panjang pada bahagian tersebut.

On the same day, I called 1MOCC to be directed to another online PTPTN officer regarding the further information of blacklisted name since the 'lady boss' officer who attended me earlier was not really helping and not friendly at all. Guess what? He provided me with a lot of useful information I have not know and he gave me his phone number, he asked me to whatsapp him regarding my inquiries of what, why, when, where, how, bla bla bla! So never judge an organization by one 'rotten tomato' because there are many other officers who have good dedication in work, to help people in trouble like me. Yeah. My faith in humanity has been restored.
 
3. Berbalik kepada cerita asal, the next day seperti yang saya jangkakan (my instinct was right) permohonan untuk penstrukturan semula tidak diluluskan dan beliau meminta saya untuk membuat pembayaran penuh. Tapi saya bernasib baik kerana telah cuba mendapatkan informasi lebih awal dan lanjut dari pegawai PTPTN yang saya ceritakan di atas tadi, maka saya membuat counterback (bukan diajar oleh pegawai yang baik hati) tetapi by manipulating the given information as long as it is not changing any facts di mana sepatutnya semasa disemak oleh pegawai PTPTN yang baik hati memang saya boleh membuat penstrukturan semula serta tidak ada sebarang masalah sistem seperti yang dimaklumkan kepada saya oleh pegawai yang menggagalkan permohonan penstrukturan semula tersebut.
 
4. Luck was not on my side lagi. Tinggal tiga hari sebelum penerbangan dan saya berkeras untuk membayar sebanyak RM2,500.00 sahaja dan bukan RM3,000.00 seperti yang dikehendaki kerana saya perlukan simpanan yang cukup sebab nak renew passport pun guna duit, nak pergi luar negara pun guna duit serta duit dalam akaun bank mesti sentiasa ada sebagai langkah berjaga-jaga jika sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Guess what? She won't understand. Okay, I know that is a part of her jobs getting collection as much as possible.
 
5. Dua hari sebelum penerbangan (Hari Jumaat). Saya sudah tidak boleh bersabar dan disuruh menunggu dan menunggu di mana saya tahu tetap akan digagalkan. Tanpa membuang masa, saya pergi menelefon semula 1MOCC dan meminta untuk dihubungkan ke PTPTN supaya saya boleh mendapatkan nombor telefon pegawai yang menguruskan kes saya. Kemudian, saya terangkan A-Z di mana saya tahu saya boleh menstruktur semula seperti yang dimaklumkan pegawai PTPTN lain, saya merupakan pembayar yang patuh, saya cuba membayar semampu yang mungkin, dan sepatutnya tidak ada isu berkenaan kes saya kerana saya telah dimaklumkan bahawa penstrukturan semula PTPTN tidak memerlukan pembayaran penuh kerana apabila penstrukturan dilakukan, total amaun yang kita bayar akan dragged forward sebagai bayaran bulanan bulan-bulan mendatang!
 
Tak Faham? Baik, sebagai contoh saya mempunyai tunggakan RM3,000.00 tetapi saya hanya mampu membayar sebanyak RM1,000.00 pada ketika tersebut manakala bayaran bulanan balik saya pula kurang daripada RM100.00 setiap bulan. Maka jumlah RM1,000.00 tersebut akan digunakan sebagai advance payment untuk bulan-bulan yang akan datang. Selagi jumlah pembayaran tunggakan tersebut masih menampung bayaran bulanan, kita tidak akan disenarai hitam melainkan dalam tempoh 10 bulan dan bayaran kasar setiap bulan adalah RM100.00 dan anda pada awalnya telah membayar tunggakan sebanyak RM1,000.00 sahaja, maka jika bulan ke-11 tidak ada pembayaran dibuat barulah kita akan disenarai hitam semula.
 
6. Masih tidak mendapat respon pada sebelah petang. Beberapa hari sebelumnya saya juga telah menghantar emel kepada yang berkenaan tentang kes tunggakan saya juga langsung tidak ada balasan. Sebelum pukul 4.30 petang, saya cuba menghubungi pegawai yang baik hati untuk memajukan kes saya ke pihak atasan dan beliau dengan ringan hati membantu saya. Beliau juga meminta saya menghubungi pegawai yang menguruskan kes saya dan meminta jika beliau tidak mampu untuk membuat penstrukturan, mohon kes saya dinaikkan pada pihak atasan beliau juga.
 
Then you know what happened? By 6.00pm I received a Whatsapp message asking me to come over to the office before 8.00pm to restructure my PTPTN loan.
 
Boleh pula.
 
That day everything was going smoothly sebab pegawai lain yang take over my case. Case closed and the next day I renewed my passport (on Saturday)! Yeah.
 
Kesimpulannya, jika pegawai tidak terlalu membantu, jangan bergantung pada satu pihak sahaja. Please try sebanyak cara yang mungkin dan jangan terlalu lurus bendul. Sebenarnya anda tidak perlu membuat pembayaran penuh pun tapi kalau mampu adalah lebih baik. Ini hanyalah sedikit sebanyak nasihat yang mungkin boleh diterima pakai oleh sesetengah orang yang tidak berkemampuan seperti saya jika ada kes seperti ini berlaku. Apapun, sebelum nak ke luar negara, pastikan sekurang-kurangnya sebulan hingga ke minggu terakhir sebelum penerbangan anda membuat semakan imigresen berkala bagi mengelakkan insiden terkandas di lapangan terbang berlaku. Malu dapat, sakit hati dapat, rugi dapat.

Oh ya, bagi yang bercakap kalau tak mampu kenapa nak melancong juga, pernah alami tak bila tiba-tiba bulan tu anda tak sangka semua perkara datang serentak dan perlukan komitmen penuh dan segera on all things? That is what happened to me. Dari sepatutnya saya komitmen bulanan saya Januari lepas sekitar RM4,000.00 - RM5,000.00 (all include my expenses in Thailand, new semester fee, basic commitments) melonjak ke angka almost double. Tak runsing? Nasib baiklah saya sejenis manusia yang free from any loans (except PTPTN). Bayangkan kalau saya berhutang sana-sini, I won't imagine that -- scary!
 
And another last conclusion, cepat-cepat habiskan tunggakan dan hutang PTPTN. Kalau mampu funding kos pembelajaran sendiri adalah lebih baik daripada membuat pinjaman PTPTN. This is what I have applied on my bachelor in Communication at UUMKL. Bukan nak kata saya mampu, saya juga insan yang ada pasang surut kewangan tapi saya dah tetapkan azam tidak sesekali buat pinjaman PTPTN sekalipun saya terpaksa makan nasi dan kicap pada tengah bulan.

Terima kasih kerana sudi membaca! Kongsikan supaya manfaat sampai kepada yang memerlukan.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Melancong ke Ho Chi Minh Vietnam

Perancangan Melancong ke Seoul Korea (Musim Luruh)

Bercuti di Labuan