Posts

Showing posts from April, 2015

Perancangan Melancong ke Seoul Korea (Musim Luruh)

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Pada 30 Oktober 2015 (Jumaat), saya dan seorang rakan lagi merancang untuk melancong ke Seoul Korea dan akan berada di sana selama 4 malam 5 hari. Syarikat penerbangan pilihan kami sudah pasti Air Asia di mana pihak Air Asia banyak menawarkan tambang lebih murah daripada syarikat penerbangan lain! Musim Luruh (Autumn) Kenapa memilih musim luruh? Kerana kecantikan musim luruh dan cuaca sejuk pada musim itu mendorong kami lebih memilih musim luruh berbanding musim-musim yang lain. Memandangkan rakan saya juga adalah seorang photographer, sudah pasti kami ingin memilih musim yang terbaik untuk rakaman memori di sana. Seawal rancangan, kami berdua merancang untuk pergi pada musim sejuk (winter) tapi memandangkan musim tersebut sudah pastinya akan menterhadkan aktiviti kami, adalah lebih baik kami pergi pada musim luruh. Tambahan pula, pada tarikh dan bulan berkenaan adalah paling sesuai untuk kami melancong sedikit jauh keluar dari Mal