Posts

Bandung Indonesia (22 - 27 June 2013)

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Di sini saya hanya ingin berkongsikan sedikit gambar kenangan semasa melancong ke Bandung Indonesia pada 22 hingga 27 Jun 2013. Ini merupakan hadiah percutian sempena hari jadi saya pada 17 Jun namun saya pergi ke sini tanpa teman tetapi alhamdulillah semua berjalan dengan lancar serta selamat pergi dan kembali.                 

Bercuti di Labuan

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Pada 14 Julai 2012, saya telah pergi ke Labuan. Walaupun percutian singkat ini tidak dirancang, namun ianya memberikan saya satu tanggapan baru terhadap pulau Labuan setelah sekian lama tidak pergi ke sana. Semasa saya kecil, Labuan boleh dianggap sebuah pulau bandar yang maju dan terkenal. Apabila Aidilfitri menjelang, penduduk sekitar Sabah, Sarawak dan Brunei berpusu-pusu ke Labuan untuk membeli-belah terutamanya kain untuk dibuat baju Melayu dan baju kurung. Hingga satu tahap jika bot laju atau kapal ekpress penuh penumpang, kami sanggup merentas lautan menaiki bot nelayan kecil. Nasib baik apabila cuaca baik namun nasib akan kurang baik apabila cuaca tidak baik dan lautan bergelora. Seingat saya, semasa kecil saya pernah pergi dua kali ke Labuan dalam keadaan laut yang bergelora. Ombak ganas melambung bot kecil kami, nenek mengikat badan saya menggunakan pelampung kecil dan menutup saya di bawah kanvas. Namun, kali ini apabila saya k...

Bercuti Ke Pulau Manukan Sabah

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Entri kali ini saya ingin berkongsi tentang 'trip sahabat' ke Pulau Manukan. Bagi yang bercadang untuk melancong ke Kota Kinabalu, pastikan anda tidak ketinggalan untuk pergi ke pulau ini kerana ianya sangat dekat dan mempunyai kawasan menarik serta indah pada pandangan mata. Untuk pengetahuan semua, Pulau Manukan merupakan antara gugusan pulau yang bernaung di bawah negeri Sabah. Untuk pergi ke pulau ini, anda hendaklah pergi ke jeti Jesselton Point terlebih dahulu untuk mendapatkan tiket bot laju beserta pakej-pakej pelancong yang telah disediakan oleh ejen-ejen bertauliah di sana. Jangan risau tentang lokasi jeti ini kerana ia berada di dalam kawasan bandaraya Kota Kinabalu. Tempoh perjalanan dari jeti ke Pulau Manukan menaiki bot laju adalah sekitar 15 minit sahaja dan tiket untuk seeorang adalah sekitar RM30.00. Jika anda seorang pelajar, anda layak mendapatkan diskaun harga bagi tiket yang dijual. Tanpa berbicara lebih panjang...