Bercuti Ke Pulau Manukan Sabah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Entri kali ini saya ingin berkongsi tentang 'trip sahabat' ke Pulau Manukan. Bagi yang bercadang untuk melancong ke Kota Kinabalu, pastikan anda tidak ketinggalan untuk pergi ke pulau ini kerana ianya sangat dekat dan mempunyai kawasan menarik serta indah pada pandangan mata.

Untuk pengetahuan semua, Pulau Manukan merupakan antara gugusan pulau yang bernaung di bawah negeri Sabah. Untuk pergi ke pulau ini, anda hendaklah pergi ke jeti Jesselton Point terlebih dahulu untuk mendapatkan tiket bot laju beserta pakej-pakej pelancong yang telah disediakan oleh ejen-ejen bertauliah di sana. Jangan risau tentang lokasi jeti ini kerana ia berada di dalam kawasan bandaraya Kota Kinabalu.

Tempoh perjalanan dari jeti ke Pulau Manukan menaiki bot laju adalah sekitar 15 minit sahaja dan tiket untuk seeorang adalah sekitar RM30.00. Jika anda seorang pelajar, anda layak mendapatkan diskaun harga bagi tiket yang dijual.

Tanpa berbicara lebih panjang, di sini saya akan sertakan gambar-gambar yang telah diambil semasa keberadaan kami di pulau tersebut.














Comments

cik bulan said…
cantiknye ..jernih je air dye..tingin lak nak pegi..hehe...^^
Sophie said…
nanti gi KK sabah la. Klu kbetulan i kat KK, boleh i bawak u pg tmpat ni :D
Wissolicious said…
brapa semalam tggl sana piah? ari tu ku pg xbemalam
Wanie said…
woowww..
g bercuti kat sabah ye..
cantik gambar..
penyu 2 bsar xleh blah..
bpe ratus la umo die..huhu

kamu la amoi 2 kan..;)

BBQ@Batu Feringhi
Sophie said…
wiss - rm750+ per night, + breakfast.
wanie - ye bcuti kat sabah... 3 jam dari tempat i kat Lawas sarawak. Penyu tu pasir la dear.. Ye, amoi tu i la.. sje bikin gempak. muahaha!
Wanie said…
hahaahha..ha,ah laaa..ni pakai kanta tgk..pasir..ces, tetipu..
Sophie said…
hhahaah.. tu laaa... rabun le tuuu! hik hik hik!
Dylan Faris said…
ermmm...tmpt yg menarik...i like it so much..mmg sesuai jiwa ku...
Sophie said…
rugi kalau tak pegi. wa cakap sama lu lah. hihihi :D
jackobocana said…
Bet365 Casino - Dr.MCD
Online 남원 출장마사지 casino Bet365 has a number of 문경 출장안마 exciting games 하남 출장안마 available on the Play Store, including popular 태백 출장안마 casino 동해 출장안마 slots, blackjack, roulette, and video poker.

Popular posts from this blog

Perancangan Melancong ke Seoul Korea (Musim Luruh)

Tips Melancong ke Ho Chi Minh Vietnam

Bercuti di Labuan