Perancangan Melancong ke Seoul Korea (Musim Luruh)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada 30 Oktober 2015 (Jumaat), saya dan seorang rakan lagi merancang untuk melancong ke Seoul Korea dan akan berada di sana selama 4 malam 5 hari. Syarikat penerbangan pilihan kami sudah pasti Air Asia di mana pihak Air Asia banyak menawarkan tambang lebih murah daripada syarikat penerbangan lain!

Musim Luruh (Autumn)

Kenapa memilih musim luruh? Kerana kecantikan musim luruh dan cuaca sejuk pada musim itu mendorong kami lebih memilih musim luruh berbanding musim-musim yang lain. Memandangkan rakan saya juga adalah seorang photographer, sudah pasti kami ingin memilih musim yang terbaik untuk rakaman memori di sana. Seawal rancangan, kami berdua merancang untuk pergi pada musim sejuk (winter) tapi memandangkan musim tersebut sudah pastinya akan menterhadkan aktiviti kami, adalah lebih baik kami pergi pada musim luruh. Tambahan pula, pada tarikh dan bulan berkenaan adalah paling sesuai untuk kami melancong sedikit jauh keluar dari Malaysia. Menurut laman web rasmi Visit Korea, mereka turut mengesyorkan musim terbaik untuk ke Korea adalah musim luruh berbanding musim-musim yang lain.

Cuaca Musim Luruh di Seoul

Cuaca sepanjang kami berada di Seoul nanti menurut maklumat di laman web rasmi Accuweather diramal sekitar 14 celcius - 15 celcius pada waktu siang dan suhu pada waktu malam sekitar 4 celcius - 3 celcius pada waktu malam. Memang terbaik jika anda menginginkan cuaca yang membolehkan anda beraktiviti luar pada waktu siang dan malam pula boleh merasa seolah-olah berada di musim sejuk.

Perlu atau Tidak untuk Khidmat Agensi/Pemandu Pelancong?

Secara peribadi, saya memilih untuk melancong tanpa memerlukan khidmat agensi perlancongan di mana saya boleh menjimatkan sedikit sebanyak kos seluruh perbelanjaan. Tapi, untuk melancong tanpa perkhidmatan agensi perlancongan anda haruslah membuat persediaan penuh apatah lagi jika anda baru pernah menjejak kaki ke sana. Anda mesti tahu bagaimana hendak memilih lokasi hotel yang memudahkan anda, bagaimana hendak pergi ke tempat-tempat tarikan pelancong yang anda mesti pergi, bagaimana hendak mendapatkan makanan halal, dan lain-lain. Setakat ini, rakan saya ada mencadangkan untuk mengambil khidmat pemandu pelancong bersama pakej hotel, makanan halal, pengangkutan dan beberapa pakej menarik lain lagi dari seorang pelajar warganegara Malaysia yang belajar di Seoul Korea. Boleh lihat laman sosial Instagram rasmi milik pelajar tersebut di sini, Let's Jom Korea.

Menurut rakan saya, kesantaian pelajar tersebut sebagai pemandu pelancong berbanding yang lain menjadi tarikan kerana sudah pasti jiwa pelajar itu sendiri berjiwa muda dan pastinya pelancong akan gembira mendapatkan perkhidmatannya. Pakej untuk 1-2 orang untuk 4 hari 5 malam ditawarkan bermula dengan harga RM1,600.00* (rate terbaru berkuatkuasa 1 April 2015) untuk seorang. Dengan perkhidmatan tersebut, kita sebagai pelancong tidak perlu pening kepala untuk memikirkan aktiviti kita di sana kerana telah diuruskan oleh pelajar tersebut. Oleh itu, saya mempunyai dua pilihan sama ada untuk pergi ke sana tanpa khidmat agensi atau pemandu pelancong tapi harus buat persiapan dari A hingga Z ataupun ambil perkhidmatan tersebut tanpa perlu fikirkan banyak perkara, hanya perlu sediakan perkara penting untuk melancong ke luar negara sahaja. Anda boleh fikirkan juga.

Persiapan Sebelum ke Korea

Senaraikan perkara-perkara penting dan wajib untuk ke luar negara! Pastikan passport merah anda masih sah digunakan. Untuk pengetahuan anda, merujuk laman web rasmi Kementerian Penerangan Malaysia, warganegara Malaysia dikecualikan visa untuk ke sana bagi pas lawatan sosial untuk tempoh satu bulan. Oleh itu kita tidak perlu bimbang memikirkan tentang permohonan visa.

Selain itu, perkara wajib yang kita wajib bawa apabila berada di sana adalah international socket adapter kerana socket point di sana berbeza dengan Malaysia. Jangan lupa juga untuk membawa power bank untuk telefon anda! Lain-lain yang perlu disediakan juga adalah baju tebal yang sesuai dengan musim di sana, wang tunai tukaran matawang korea, makanan segera, bahan bacaan bagi menghilangkan rasa bosan dalam penerbangan sekitar 6-7 jam, sejadah dan telekung untuk memudahkan proses solat di mana-mana, beg galas untuk memudahkan pergerakan, ubat-ubatan yang dibenarkan dan itinerari keseluruhan bagi memudahkan aktiviti di sana. Itinerari adalah penting untuk mengelakkan masa terbuang dan segala aktiviti berjalan dengan lancar. 

Anda disyorkan untuk membuat tempahan hotel atau rumah tumpang lebih awal kerana kebiasaannya harga tempahan terus ke kaunter jauh lebih mahal berbanding tempahan melalui laman web. Tempahan awal juga digalakkan kerana anda wajib tahu di mana anda akan tinggal sepanjang berada di sana, adakah tempat tersebut memudahkan untuk pelancong dan berdekatan dengan tempat-tempat yang akan kita pergi, dan antara sebab lain adalah untuk mengelakkan tempat penginapan penuh atau pilihan terhad! Antara laman web tempahan hotel yang terkenal dan dipercayai adalah AgodaTrivagoBooking dan Trip Advisor. Boleh klik link yang diberikan dan buat perbandingan harga sebelum membuat tempahan. Lokasi penginapan yang biasa dicadangkan oleh pelancong dari Malaysia adalah di Itaewon kerana kawasan tersebut mudah untuk mendapatkan makanan halal kerana ramai orang Islam di sana, terdapat masjid berdekatan dan mudah untuk pergi ke mana-mana. Selain Itaewon, Jongno juga merupakan lokasi tumpuan penginapan pelancong kerana lokasinya berada di tengah nadi Seoul yang membolehkan pelancong ke tempat-tempat yang diingini. Untuk maklumat lebih lanjut, boleh rujuk di link ini Uzairothman.com dan myfir2u.

Selain itu lagi, anda harus mengkaji informasi am tentang imigresen Korea seperti di link berikut Korea Immigration Service, bagaimana hendak mendapatkan pengangkutan dari lapangan terbang ke tempat penginapan, bagaimana hendak bergerak dari sebuah lokasi ke sebuah lokasi. Untuk pengetahuan semua, sistem pengangkutan awam di Seoul sangat efisien kerana hampir meliputi semua kawasan tumpuan dan tarikan perlancongan. Antara pengangkutan awam pilihan ramai adalah keretapi bawah tanah (Subway), bas dan teksi. Teksi di sana juga turut menyediakan perkhidmatan teksi antarabangsa berwarna oren di mana pemandu diberikan sijil bertutur bahasa Inggeris. Untuk maklumat lanjut tentang pengangkutan, boleh klik link ini Kimsnet dan myfir2u.

Borang Declaration Card dan Departure Card

Jangan lupa untuk mengisi declaration card dan departure card sebelum membuat penyerahan di kaunter imigresen. Jangan risau, pembantu penerbangan sentiasa akan membantu anda sepanjang penerbangan. Mereka akan memberikan anda borang untuk diisi dan harus selesai diisi sebelum mendarat. Tapi pastikan anda membawa sebatang pen sewaktu dalam penerbangan untuk kegunaan mengisi borang.

Senarai Lokasi Tarikan Pelancong di Seoul Korea

Sebelum kita hendak ke Seoul Korea, kita mesti tahu ke mana kita hendak pergi. Bagi saya dan rakan, destinasi yang wajib kami pergi adalah taman tema Lotte World dan pulau Nami. Saya juga berniat untuk melawat bangunan SBS (Seoul Broadcasting System) di mana syarikat televisyen terkemuka tersebut telah berjaya membuat pelbagai rancangan televisyen terkenal seperti Running Man yang telah terkenal merata dunia.

Berikut adalah antara lokasi penting yang kami akan pergi nanti:

  • Pulau Nami - Terkenal kerana pernah menjadi lokasi pergambaran Winter Sonata, sebuah drama televisyen Korea yang sangat terkenal suatu ketika dahulu. Walaupun ianya sebuah pulau, tapi ia terletak di tengah sungai, bukan di tengah laut seperti yang disangkakan. Informasi dan panduan pembelian tiket ke Pulau Nami boleh rujuk ke link ini, Visit Korea dan Fieza.net.
  • Petite France - Senibina bangunan dan suasananya dipengaruhi oleh budaya Perancis. Lokasinya berdekatan sahaja dengan Pulau Nami. Tempat ini sangat cantik, teratur dan tidak terlalu luas untuk diterokai namun mampu memberikan satu kepuasan dan membuatkan pengunjung seolah-olah berada di negara Perancis. Informasi lebih lanjut di Fieza.net dan Visit Korea.
  • Taman Tema Everland - Sebuah taman tema ala-ala Universal Studios dan Disney Land tapi beridentitikan produk Korea sendiri. Sangat terkenal tapi ramai pelancong komen bahawa lokasi taman tema ini agak jauh sedikit dari pusat bandar Seoul. Informasi lebih lanjut di Fieza.net.
  • Taman Tema Lotte World - Taman tema ini lebih konvinien berbanding taman tema Everland kerana lokasi yang dekat dan mudah untuk pergi. Ramai kawan saya cadangkan untuk pergi ke sini. Tiket masuk ke taman tema ini adalah sekitar RM170.00*. Informasi lebih lanjut di Journey of My Life - Noornazuha dan Lotte World
  • Kafe Hello Kitty - Kafe ini sangat terkenal di kalangan pelancong yang meminati Hello Kitty. Terdahulu lokasinya terletak di Hongdae telah ditutup untuk sementara waktu kerana dipindahkan ke lokasi baru yang telah beroperasi semula baru-baru ini di Myeongdong.
  • Lain-lain - Sungai Han (maklumat lanjut di WikipediaImmaeverlastingstories), Itaewon (ramai komuniti muslim di Itaewon), Perkampungan Namsan Hanok (menampilkan keunikan budaya tradisional Korea), Menara Namsan Seoul (berdekatan dengan Namsan Hanok), Naamdaemun Market, Hongdae Street, Istana Gyeongbokung, Gwanghwamun Square, Myeongdong, Dongdaemun dan banyak lagi. Boleh buat carian Google. Antara sumber informasi yang boleh dipercayai adalah Wan Muhammad Hazem dan Myfir2u.
Bagi saya, membeli-belah bukan perkara yang saya suka semasa melancong melainkan benda tersebut tidak mudah didapati di Malaysia dan saya menyukainya. Apa yang saya telah senaraikan di atas adalah sekadar senarai yang akan disenarai pendek untuk kegunaan saya semasa melancong nanti.

Informasi Sampingan

Sila jangan buang segala resit pembelian anda semasa di Seoul kerana Korea mengamalkan sistem pungutan cukai GST di mana ianya tidak sepatutnya dikenakan terhadap pelancong. Oleh itu, kita boleh membuat tuntutan cukai semula di kaunter-kaunter yang ada di pusat membeli belah atau di lapangan terbang sebelum kembali ke tanah air. Untuk pengetahuan kita semua juga, di taman tema Lotte World adalah bebas cukai khas untuk pelancong asing sahaja.

Setakat ini hanya seperti di atas sahaja maklumat yang mampu saya perolehi. Bayangkan jika saya boleh pergi berdua dengan rakan saya tanpa perkhidmatan pemandu pelancong, sudah tentu saya boleh mengurangkan kos keseluruhan perbelanjaan dan boleh mencabar kebolehan diri melancong di negara orang. InshaAllah, jika tidak ada aral melintang akan dijejak jua bumi Seoul Korea sekejap masa nanti.

Jika anda ada perkara yang ingin dikongsikan sebagai panduan atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan aktiviti perlancongan ke Seoul Korea, tolong tinggalkan komen berguna di ruang komen di bawah.

Terima kasih!

Comments

Unknown said…
I am going to korea too!tapi awl november.risau+neves+excited pown ada jugak sbb ni first journey dgn kawan.harap dipermudahkan! :)
aliza zeke said…
saya pun akan pergi ke korea musim luruh nie.29/10/15 bertolak :)
Anonymous said…
sy akan ke korea pada 23 okt-27 okt ni... sy masih belum ade pemandu pelancong lagiu.. bleh share tak pemandu pelancong awk?
email sy :eny614@johor.uitm.edu.my tq
Unknown said…
Saya sudah pergi 14-22 Disember last year, Best.....
Unknown said…
Saya sudah pergi 14-22 Disember last year, Best.....
CiK JaCObS said…
Sy nk pergi 30 nov - 6 nov.. harap ok je time tu..
Lone ranger..hehe..excited + nerves
SunShines said…
sy insyaAllah akan kesana 19/9-26/9...x sabar walaupon terkesan dgn ekonomi yg sdikit kacau..huhuu
Anonymous said…
sy pon akan ke korea pada 27/10/2015 selama 7 hari...info yg sgt2 berguna..tq��
Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. trip percuma ke Bangkok.
MissKookieBear said…
Hai, i'm planning my trip to Seoul Korean in December 2015. Winter season.
Anyone here planning same with me??
jamal said…
Saya akan ke korea pada Feb 2016...tetapi saya bergerak dr airport Beirut. .ade no pemandu pelancong ( warga malaysia) kat sana x? Utk memudahkan prgerakan saya disana....kalau ade boleh wasapp ke no saya 019-3488366 jamal... Bantuan anda amat diharapkan...terima kasih...
Anonymous said…
saya akan pergi ke korea 21 hingga 27 april 2016.. pergi tanpa agensi pelancongan.. time tu x silap musim bunga kan?? sape pernah pergi time musim bunga, boleh x share pengalaman di sana??
Unknown said…
salam perkenalan.saya juga pergi pd tarikh yg sama..
Unknown said…
salam perkenalan.tq atas info yg sgt bagus moga dipermudahkan segala urusan kalian..saya jg akan ke sana backpackers pd 29 okt
Unknown said…
salam perkenalan.tq atas info yg sgt bagus moga dipermudahkan segala urusan kalian..saya jg akan ke sana backpackers pd 29 okt
Unknown said…
salam perkenalan.saya juga pergi pd tarikh yg sama..
salam perkenalan. saya pon Inshaallah akan ke korea buat kali ke 2 pada november nanti. tempat saya cover nanti di busan, pulau jeju dan seoul dengan budget yg minima..

semoga dipermudahkan perjalanan di sana nanti
Unknown said…
This comment has been removed by the author.
Unknown said…
Berapa ye bajet ke busan n jeju??pls share
Unknown said…
assalamualaikum... sy akan ke korea pada musim luruh ni dari 28/10/15 hingga 6/11/15..kalau terjumpa di sne...bolehlah tegur2 ye..tgk mcm ramai org malaysia ke sne...hehehe
sue said…
Saya pun akan bertolak ke sana pada 1nov hingga 5 2015 ni.
Unknown said…
This comment has been removed by the author.
Unknown said…
This comment has been removed by the author.
Unknown said…
Sy pun akan bertolak pada tarikh yang sama..moga dipermudahkan perjalanan kita ya :)
Sophie said…
So far ok tak? Kongsikan pengalaman
Sophie said…
Kitorg stay kat namsan nanti. Hallo2 ye... Drop ur email.
Sophie said…
Hope to see you there! Drop ur email. Keep in touch
Sophie said…
Kawan sy ada pergi musim bunga. She advised to bring along the sunblock... Cuaca x panas tp mgkn kering kot
Sophie said…
Dlm artikel sy ada sertakan sekali agent2 yg boleh mbantu.
Sophie said…
Hey guys i akan stay kt namsan so sape2 nak keep in touch can drop ur email
Sophie said…
Guys, mane tau nnt kite boleh beramah mesra kat seoul nnt.. Email me sofeafaudzi@iclouds.com see ya
Unknown said…
ada siapa yg akan pergi ke korea pada 9nov - 13nov 2015 tak...? boleh email sy di izad.salim@gmail.com ..tq
Unknown said…
Hai.. Salam perkenalan.. Saya akan ke seoul pada 17-23 nov ni.. Moga2 jumpa warga malaysia disana.. Semoga dipermudah segala urusan. Have fun guys! ☺️
Mirul said…
Saya juga akan ke sana pada 7-11 nov 2015 ! Terima kasih bagi info =)
CiK JaCObS said…
Sy juga akn k seoul hujung thun 30 nov- 5 dec..nnti klau ada yg pergi sama trkh dgn sy..boleh la roger2 ok..
CiK JaCObS said…
Sy juga akn k seoul hujung thun 30 nov- 5 dec..nnti klau ada yg pergi sama trkh dgn sy..boleh la roger2 ok..
Farah zainuddin said…
Sye pegi 26/3/16-8/4/16 , sape pegi same date or date lebih kurang dgn sye boleh lah join .. Sye pon first time pegi korea , ta amek pakej tour guide sebab nak saving .. Huhu
Anonymous said…
sy sudah balik dari seoul...serius mmg best sgt2..tp cuaca agak sejuk..cuma xsempat pergi everland dan petite france...pegi sndri je xgune tour guide i think lg best kot sbb x trikat dgn mse..nk gne subway pon xsush,senang je...byk jpe org malaysia kat sne lg2 di itaewon...myeondong mmg syurga beli belah makeup dorg n harga murah brbnding di mlysia...yg penting klu naik subway jgn salah exit sbb nt kene jln jauh lah sikit ke tmpt yg di tuju tue...
Sayap Pejuang said…
This comment has been removed by the author.
Sayap Pejuang said…
This comment has been removed by the author.
Sayap Pejuang said…
Bla u pegi sna ea? Bln brape?
Unknown said…
Hai nk tnye. Klu prgi hujung sept until awal oct cantik x musim luruh dekat sana? Tq
Unknown said…
Hai nk tnye. Klu prgi hujung sept until awal oct cantik x musim luruh dekat sana? Tq
Izza Jay said…
Saya plan nak ke sana next autumn. Ada no contact pelajar yang kat Korea tu ke?
Anonymous said…
Salam..lama tu u stay kt sana. How u plan bajet n the cost klu tak kesah blh share? Coz i plan to go on 6-10 apr 2016 and pakej cost 3K cover for all. Any better idea?
Izza Jay said…
Wasalam. Tak stay lama pun, sebab next autumn dalam bln Sept - Dis 2016. Mungkin stay dalam seminggu. Kost dalam 3K jugak. Tapi nak survey kalau ada yang lagi berbaloi dalam Matta Fair Mac nanti.
Unknown said…
Jom la kongsi . Ape kate tuan rumah create whatapps group.. boleh story dgn lebih pnjg.. saya akan pergi backpackers 11 to 15 april for spring season... sakura blooming time..
Unknown said…
Jom la kongsi . Ape kate tuan rumah create whatapps group.. boleh story dgn lebih pnjg.. saya akan pergi backpackers 11 to 15 april for spring season... sakura blooming time..
Unknown said…
Hye...saya akn pergi ke korea 14/4/2016-20/4...sesape yang pergi pada tarikh yg sama boleh joint sekli...saya first time pergi tanpa agent...blh email sy syura_adura@yahoo.com
Unknown said…
Hye...saya akn pergi ke korea 14/4/2016-20/4...sesape yang pergi pada tarikh yg sama boleh joint sekli...saya first time pergi tanpa agent...blh email sy syura_adura@yahoo.com
Unknown said…
Salam semua,boleh xkita wat wsp group untok jln2,saya dah lma nk pi korea cuma takut nk pi sorg2,saya selalu pi klw matta fair bukak,cuma nk pi sorg takut,so saper2 yg nk pi tue,tlg saya nk join skli,ni nobor fon saya 0182835761(maznah
Unknown said…
Izza jay salm kenal dr saya,awak nk pi Korea brapa org,pls saya nk sangat pi korea cuma saya nie takut nk pi sorg2,
Anonymous said…
saya dah ke korea masa autumn 2014 dan insyaAllah akan ke sana lagi time spring this year.

pergi secara backpack. pengalaman yang sangat menarik.
Unknown said…
hello semua saya bercadang nk ke korea pada bulan 5/2016 boleh x bagi tips
untuk travel kat sana nnti..dari segi hotel, pengangkutan dan tempat2 menarik(family trip)
cadangan anda semua amat la dihargai terima kasih
kakikecik said…
Assalamualaikum, saya akan pegi 20 oct 2016. Tgh tanya utk bagpackers. Takot tapi excited sgt... Igt nak lame di situ boleh share tak info n budget brp utk kesana. Tgk currency mahal kan. Tapi nak sgt pegi. Sy tak bli tiket blik lg dgn hrpn dpt dok lme. Siapa yg ade contact dgn student disana yg blh sy invite as tourist guide. Boleh bagi advise? Thanks
kakikecik said…
Wah bagpack mcm best. Bln 10 ke?
kakikecik said…
Hai, sy pegi sorg bln 10 nih. Buat mse nih sorg2..nak join?
kakikecik said…
Hai, sy pegi sorg bln 10 nih. Buat mse nih sorg2..nak join?
Anonymous said…
kaki kecik,cnfrm ke tarikh tu u pegi?lone ranger?
actually tgh plan ni..mcm nk g autumn..
Unknown said…
Salam semua..saya nak ke korea bln 10/2016 ni..bole share tak pengangkutan dan penginapan kt sana
Unknown said…
Salam semua..saya nak ke korea bln 10/2016 ni..bole share tak pengangkutan dan penginapan kt sana
Unknown said…
This comment has been removed by the author.
MyFas said…
saya n sahabat sy akan ke korea 7-11/5..ada sp2 pegi tarikh yg sama? tanpa agen
Unknown said…
Tq share info. Salam perkenalan dr saya. Sy akn ke korea 11/10-19/10 ni insyaallah
Panduan yang sangat bermanfaat bagi mereka yang bercadang untuk ke sana...
Unknown said…
nak tanya..tarikh 28 oktober masih autumn atau dah gugur habis ya dedaunan hehe. kalau tinggal ranting saja dah tak cantik pula..he
Unknown said…
Kakikecik sya pun tringin gak nk p autumm tp xde geng..tgh plan lg nih..u pgi brpa org? Tp sye travel, trvel bdget..bckpckers style..hihi
28 october dah gugur. Tapi still cantik sebab daun2 kuning bertaburan atas jalan. Lebih2 lagi di nami island
2korea said…
hi, kalau nk rasa musim bunga kat sana better pegi bila ye?
Naracards Korea said…
Terima kasih atas perkongsian tips yang sangat membantu!

Saya Saiful dari Naracards.com, travel independently iaitu sebuah travel guide yang menggalakkan orang ramai bercuti ke Korea secara sendiri.

Saya tertarik dengan perkongsian menarik di blog ini dan ingin menjemput tuan/puan menyertai program affiliate Naracards.com di http://www.naracards.com/affiliate.html

Terima kasih

zulo95 said…
salam, saya pun nak pi korea awal bulan april...area mana ye ada jual merchandise murah and jaket varsity?

Adams said…
Hey tony! Nama saya Julia, terima kasih atas ketenangan maklumat yang anda bagikan mengenai Dr. Iyabiye mengenai penyembuhan hepatitis, dia dalam keberkahan saya menghubungi dia dan saya sembuh selepas memohon rawatannya. Beliau menghantar saya ubat melalui khidmat kurier DHL yang mudah untuk saya dapatkan dan mengambil ubat selama 4 minggu dan saya pergi ke hospital selepas itu untuk ujian dan negatif. Saya datang ke sini untuk memberitahu anda bahawa anda betul-betul di mana-mana ubatnya, semuanya baik dengan saya sekarang. Terima kasih banyak - banyak. Hanya sekiranya ada sesiapa di luar sana yang ingin menghubunginya, di sini adalah kenalannya: iyabiyehealinghome@gmail.com Panggilan / Whatsapp: +2348072229413
Świetna sprawa. Pozdrawiam serdecznie.

Popular posts from this blog

Tips Melancong ke Ho Chi Minh Vietnam

Bercuti di Labuan